Dengan mengharapkan agar pasukan Newcastle United FC seri atau tewas dalam perlawanan terakhir menentang Barnsley FC di St James Park, Brighton & Hove Albion FC harus menang dalam perlawanan terakhir menentang Aston Villa FC di Villa Park untuk memenangi Liga Kejuaraan Musim 2016/17.
Sungguhpun mendapatan gol awal hasil sepakan penalti oleh Glenn Murray pada minit ke-64, hasrat Brighton & Hove Albion FC untuk bergelar juara tidak kesampaian apabila Jack Grealish menjaringkan gol penyamaan buat Aston Villa FC pada minit terakhir perlawanan. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.
Sementara itu kemenangan 3-0 ke atas Barnsley FC di St James Park membawa pasukan Newcastle United FC menjuarai Liga Kejuaraan Sky Bet Musim 2016/17. Brighton & Hove Albion FC menduduki tangga kedua liga dengan kekurangan 1 mata daripada pasukan Newcastle United FC.
Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pasukan Brighton & Hove Albion FC kerana berjaya menempatkan diri di dalam Liga Perdanan Inggeris Musim 2017/18 setelah berusaha beberapa kali.
Kalah? Sewaktu para peminat menunggu satu lagi kemenangan untuk meraikan kejayaan menjulang juara Liga Kejuaraan, tiba-tiba pasukan Bristol City memadamkan kemeriahan itu dengan satu gol yang mudah.
Kini harapan bergantung kepada perlawanan menentang Aston Villa di Villa Park pada 7 Mei 2017.
Kita saksikan sedutan perlawanan terakhir di Stadium Falmer musim ini....
Perlawanan yang seimbang tetapi berkesudahan dengan kekalahan akibat daripada dua gol sendiri oleh seorang penjaga gol yang berpengalaman.... itulah bolasepak.
Terpaksa tunggu perlawanan menentang Bristol City hujung minggu depan untuk menjulang mahkota Liga Kejuaraan Musim 2016/17.
Pemain sayap Brighton & Hove Albion FC Anthony Knockaert telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Kejuaraan EFL Musim 2016/17.
Anthony Knockaert
Pemain berusia 25 tahun yang berasal dari Perancis itu telah menjaringkan 13 gol daripada 40 perlawanan untuk membantu Brighton & Hove Albion FC mendahului Liga Kejuaraan ketika ini.
Penyerang Sheffield United FC Billy Sharp pula dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Satu EFL manakala penyerang kelab Doncaster Rovers FC, John Marquis memenangi anugerah Pemain Terbaik Liga Dua EFL.
Billy Sharp
John Marquis
Penyerang kelab Exeter City FC Ollie Watkins dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Liga EFL.
Ollie Watkins
Brighton & Hove Albion FC juga memenangi satu lagi anugerah iaitu Gol Terbaik EFL Musim 2016/17 menerusi jaringan Steve Sidwell sewaktu menentang Bristol City pada 5 November 2016 yang lalu.
Daripada sebuah kelab yang hampir tersingkir dari Liga Inggeris kira-kira 20 tahun lalu, kini Brighton & Hove Albion melangkah ke Liga Perdana Inggeris buat pertama kali.
Ianya adalah satu kebangkitan yang sukar untuk dipercayai.
Ikuti detik-detik manis di Stadium Falmer pada hari Isnin, 17 April 2017 di mana para penyokong 'The Seagulls' telah memenuhi padang meraikan kejayaan melangkah ke EPL pada musim akan datang.
Kemenangan ini telah membawa Brighton & Hove Albion ke Liga Perdana Inggeris pada musim akan datang.
Syabas dan tahniah kepada pengurusan dan semua pemain Brighton & Hove Albion FC yang telah mencuba sejak empat musim yang lalu untuk merasai nikmat bermain dalam liga elite itu.
Bersama kita meraikan kejayaan Brighton & Hove Albion FC ke Liga Perdana Inggeris Musim 2017/18.
* Brighton & Hove Albion FC tewas dalam kedua-dua perlawanan menentang Newcastle United FC musim ini. Dalam perlawanan di St James Park pada 27 Ogos 2016, Brighton & Hove Albion FC tewas 0-2.
Minat seseorang itu kadang kala membuat orang lain juga tertarik pada minat yang sama.
Begitu jugalah apa yang berlaku antara aku dan keluargaku dengan kelab Brighton & Hove Albion ini.
Banyak cenderahati yang telah dikirimkan oleh pengurusan kelab Brighton & Hove Albion FC kepada aku dan keluarga sejak 1995 sehingga kini. Semuanya masih aku simpan dengan baik untuk tatapan pada masa akan datang.
Aku kongsikan bersama kalian beberapa cenderahati yang aku simpan sebagai tanda menyokong kelab Brighton & Hove Albion FC ini.
Mohd Naqib Naufal yang berbangga dengan baju 'away' Brighton & Hove Albion FC.
Majalah memperingati perlawanan terakhir Brighton & Hove Albion di Stadium Goldstone Ground.
Sebahagian daripada cenderahati berupa jersey, surat-surat, buku-buku dan hadiah hari lahir buat aku dan keluarga.
Setelah menunggu selama 34 tahun, akhirnya Brighton & Hove Albion akan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris buat kali pertama pada musim akan datang.
Kali terakhir Brighton & Hove Albion beraksi dalam liga tertinggi di England adalah pada musim 1982/83 di mana ketika itu Liga Perdana Inggeris dikenali sebagai Liga Bahagian Satu. Pada musim itu jugalah Brighton & Hove Albion beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA England. Malangnya Brighton & Hove Albion tewas 0-4 kepada Manchester United dalam perlawanan ulangan. Perlawanan pertama berakhir dengan keputusan seri 2-2.
(Keratan akhbar The Star, 19 April 2017)
Dengan berbaki tiga perlawanan, aku berharap agar Brighton & Hove Albion dapat mengekalkan kedudukan sekarang dan menjadi juara Liga Kejuaraan musim ini.
Pada hari Jumaat, 20 Januari 2017 telah berlangsung perlawanan Liga Kejuaraan Sky Bet antara pasukan Brighton & Hove Albion FC menentang pasukan Sheffield Wednesday FC di Stadium Falmer.
Perlawanan ini berlangsung dengan tegang di mana kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan hanya dengan 10 orang pemain. Glenn Murray dari Brighton & Hove Albion FC diarah meninggalkan padang pada minit ke-64 manakala pemain Sheffield Wednesday FC, Steven Fletcher dibuang padang pada minit ke-88.
Penjaga gol Brighton & Hove Albion FC, David Stockdale juga telah bertindak cemerlang sepanjang perlawanan dengan menyelamatkan beberapa keadaan bahaya termasuk menyelamat sepakan penalti Fernando Forestieri pada minit ke-66.
Kempen pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah Tahun dalam Trofi EFL berakhir setelah tewas 0-3 kepada pasukan utama Coventry City FC.
Perlawanan tersebut telah berlangsung di Ricoh Arena, Coventry pada hari Selasa, 10 Januari 2017.
Syabas dah tahniah kepada pengurusan dan pemain Brighton & Hove Albion FC yang hanya dijemput sebagai pasukan gantian, tetapi telah berjaya melangkah sejauh itu.
Bertempat di Stadium Deepdale, Preston pada hari Sabtu, 14 Januari 2017 telah berlangsung satu lagi perlawanan Liga Kejuaraan. Kali ini membabitkan pasukan tuan rumah, Preston North End FC yang menerima kunjungan pasukan Brighton & Hove Albion FC.
Rekod 18 perlawanan tanpa kalah Brighton & Hove Albion FC diranapkan oleh pasukan tuan rumah yang menang dengan jaringan 2 - 0.
Pada hari Isnin, 9 Januari 2017 telah berlangsung undian perlawanan Pusingan Keempat Piala FA England. Brighton & Hove Albion FC telah diundi bertemu pemenang antara pasukan Ipswich Town atau Lincoln City. Perlawanan di tempat lawan itu dijadualkan pada hari Sabtu, 28 Januari 2017.
Berikut adalah senarai penuh perlawanan Pusingan Keempat Piala FA England: Blackburn Rovers (2) lwn Blackpool (4) atau Barnsley (2) Burnley (1) atau Sunderland (1) lwn Fleetwood Town (3) atau Bristol City (2) Chelsea (1) lwn Brentford (2) Crystal Palace (1) atau Bolton Wanderers (3) lwn Manchester City (1) Derby County (2) lwn Leicester City (1) Fulham (2) lwn Hull City (1) Ipswich Town (2) atau Lincoln City (5) lwn Brighton & Hove Albion (2) Liverpool (1) atau Plymouth Argyle (4) lwn Wolverhampton Wanderers (2) Manchester United lwn Wigan Athletic (2) Middlesbrough (1) lwn Accrington Stanley (4) Millwall (3) lwn Watford (1) Oxford United (3) lwn Birmingham City (2) atau Newcastle United (2) Rochdale (3) lwn Huddersfield Town (2) Southampton (1) atau Norwich City (2) lwn Arsenal (1) Sutton United (5) atau AFC Wimbledon (3) lwn Leeds United (2) Tottenham Hotspur (1) lwn Wycombe Wanderers (4)
*Angka dalam kurungan menunjukkan tahap liga sesebuah pasukan. 1 – Liga Perdana England 2 – Liga Kejuaraan EFL 3 – Liga Bahagian Satu EFL 4 – Liga Bahagian Dua EFL 5 – National League
Walaupun menurunkan pemain simpanan skuad utama, pasukan Brighton & Hove Albion masih mampu untuk menewaskan Mk Dons 2-0 dalam Pusingan Ketiga Piala FA England.
Perlawanan di Cravon Cottage, London ini sepatutnya perlawanan yang ke-25 buat pasukan Brighton & Hove Albion FC. Tetapi selepas keadaan berkabus dan padang dipenuhi ais, maka perlawanan di antara pasukan Brighton & Hove Albion FC dengan Cardiff City FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Falmer pada 30 Disember 2016 telah ditangguhkan.
Agak sukar untuk pemain-pemain pasukan Brighton & Hove Albion FC mendapat rentak permainan dalam separuh masa pertama ketika menentang Fulham FC ini. Mujur dalam separuh masa kedua, para pemain mula mendapat keserasian terutama setelah ketinggalan 0-1.
Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1, kemenangan buat pasukan Brighton & Hove Albion FC.
Pada hari Selasa 27 Disember 2017, pasukan Brighton & Hove Albion FC menerima tetamu dari London iaitu pasukan Queens Park Rangers FC di Stadium Falmer.
Perlawanan yang rancak ini berkesudahan kemenangan buat pasukan Brighton & Hove Albion dengan jaringan 3-0.
Perlawanan antara pasukan Birmingham City FC dengan Brighton & Hove Albion FC ini telah berlangsung di Stadium St Andrews, Birmingham pada hari Sabtu 17 Disember 2016.
Perlawanan ini berakhir dengan kemenangan 2-1 buat pasukan Brighton & Hove Albion FC.
Pada hari Selasa 13 Disember 2016, pasukan Brighton & Hove Albion FC telah berkunjung ke Ewood Park, untuk beraksi menentang pasukan Blackburn Rovers FC dalam kempen Liga Kejuaraan Musim 2016/17.
Perlawanan ini berakhir dengan pasukan Brighton & Hove Albion FC menang tipis 3-2.
Sejumlah 64 buah pasukan akan bertanding dalam Pusingan
Ketiga Piala FA. 20 pasukan adalah pemenang perlawanan Pusingan Kedua manakala 44
pasukan lagi adalah dari Liga Perdana England dan Liga Kejuaraan EFL.
Semua perlawanan dijadualkan berlangsung antara 6 hingga
9 Januari 2017.
Pasukan Stourbridge menjadi pasukan yang paling rendah
kedudukan kekal beraksi dalam Piala FA
musim ini. Pasukan ini bermain dalam liga tahap 7 dalam Sistem Piramid
Bolasepak England.
JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KETIGA PIALA FA ENGLAND