Sunday, 28 September 2014

Undian Pusingan Keempat Piala Capital One

Dah lama benar Brighton & Hove Albion tidak sampai ke Pusingan Keempat Piala Liga.. rasanya hampir 20 tahun. 

Alhamdulillah, pada musim ini Brighton & Hove Albion telah berjaya melepasi Pusingan Ketiga selepas menang 3-0 ke atas Burton Albion.

Tetapi ujian getir menanti Brighton & Hove Albion pada Pusingan Keempat nanti apabila diundi menentang pasukan gergasi Tottenham Hotspur di White Hart Lane.

Apapun yang berlaku, kita tunggu akan keputusan perlawanan itu.

Berikut adalah undian Pusingan Keempat Piala Capital One Musim 2014/2015:

AFC Bournemouth lwn West Bromwich Albion
Fulham lwn Derby County
Liverpool lwn Swansea City
Manchester City lwn Newcastle United
MK Dons lwn Sheffield United
Shrewsbury Town lwn Chelsea
Stoke City lwn Southampton
Tottenham Hotspur lwn Brighton & Hove Albion
  • Perlawanan akan dilangsung pada 28-29 Oktober 2014.

Keratan Video Perlawanan Piala Capital One Burton Albion Lawan Brighton