Stadium
Maklumat
lanjut: Goldstone Ground, Withdean Stadium, dan Falmer Stadium
Untuk hampir
sepanjang sejarahnya, Brighton & Hove Albion berpangkalan Goldstone Ground di Hove,
sehingga lembaga pengarah kelab mengambil keputusan untuk menjual stadium
tersebut. Penjualan tersebut, yang diilhamkan oleh pemegang saham terbesar Bill Archer
dan ketua eksekutif beliau David Bellotti,
telah menimbulkan kontroversi, dan telah mandapat banyak bantahan daripada orang ramai terhadap lembaga
kelab. Pihak kelab hanya akan menerima sedikit imbuhan daripada penjualan ini.
Dalam musim
terakhirnya di The Goldstone pada tahun 1996–97,
'The Seagulls’ berada dalam keadaan bahaya untuk diturunkan ke liga bawahan.
Mereka menang dalam perlawanan terakhir di Goldstone menentang Doncaster Rovers,
dan terpaksa bertarung dalam perlawanan 'kekal atau turun' di Hereford United
pada perlawanan terakhir liga. Pada ketika itu, Hereford United mempunyai mata
yang sama dengan Brighton. Nasib menyebelahi 'The Seagull' apabila mencatat
keputusan seri 1-1, dan Hereford United diturunkan ke Liga Konfederasi
atas perbezaan gol.
Untuk selama
dua tahun, dari tahun 1997–99, kelab ini telah berkongsi gelanggang dengan
kelab Gillingham,
sebelum kembali ke Brighton untuk bermain di Stadium Withdean. Stadium ini tidaklah sesuai
untuk pertandingan bolasepak, kerana sebelum ini ianya digunakan sebagai
gelanggang olahraga. Tapak asal stadium ini merupakan sebuah zoo!
Stadium Priestfield, Gillingham
Stadium Withdean
Oleh kerana
pembayaran kos mahkamah untuk mendengar permohonan orang ramai bagi
membina stadium baru, penyewaan Stadium Withdean, pembayaran kerana penggunaan Stadium Priestfield
di Gillingham, dan penjualan tiket yang rendah di stadium yang kecil, kelab
telah mencatat defisit sebanyak £9.5 juta pada tahun 2004. Pihak lembaga
pengarah telah mengeluarkan sejumlah £7 juta untuk mengatasi defisit ini;
bakinya sebanyak £2.5 juta harus diperolehi daripada pengoperasi kelab. Untuk
mencapai tujuan tersebut, satu kutipan amal yang dikenali sebagai 'Alive and
Kicking Fund' telah dilancarkan, dengan apajua bentuk cenderahati dari Kad
Ucapan Sambutan Hari Natal yang mengandungi gambar pemain-pemain kelab Brighton
sehinggalah ke penerbitan CD telah dilakukan untuk mendapatkan sumber kewangan.
Pada 9 Januari 2005 lagu 'Tom Hark (We Want
Falmer)' ('single' yang dicipta untuk dijual) telah melonjak ke
tangga 17 dalam senarai 'UK Chart', serta mendapat pengiktirafan disiarkan ke seluruh
Britian melalui Rasio 1 BBC.
Akhirnya pada
28 Oktober 2005, pejabat Timbalan Perdana Menteri Britian telah mengumumkan
bahawa permohonan untuk membina sebuah stadium baru (Stadium Falmer) telah diluluskan,
membuat ramai penyokong kelab gembira dan menitiskan airmata.
Stadium Falmer
Pembinaan Stadium Falmer yang mempunyai kapasiti 22,374
tempat duduk itu, telah dimulakan pada 17 Disember 2008. Pada 31 Mei 2011 pihak
kelab dengan rasminya telah menerima nota serahterima stadium dan juga kunci
stadium, menandakan berakhirnya penderitaan selama 12 tahun kelab Brighton
& Hove Albion bermain bolasepak dengan tiada mempunyai gelanggang di tempat
sendiri.