Showing posts with label Am. Show all posts
Showing posts with label Am. Show all posts

Thursday, 20 April 2017

Keluarga Ku Dan Brighton & Hove Albion

Minat seseorang itu kadang kala membuat orang lain juga tertarik pada minat yang sama.

Begitu jugalah apa yang berlaku antara aku dan keluargaku dengan kelab Brighton & Hove Albion ini.

Banyak cenderahati yang telah dikirimkan oleh pengurusan kelab Brighton & Hove Albion FC kepada aku dan keluarga sejak 1995 sehingga kini. Semuanya masih aku simpan dengan baik untuk tatapan pada masa akan datang.

Aku kongsikan bersama kalian beberapa cenderahati yang aku simpan sebagai tanda menyokong kelab Brighton & Hove Albion FC ini.

Mohd Naqib Naufal yang berbangga dengan baju 'away' Brighton & Hove Albion FC.
 Majalah memperingati perlawanan terakhir Brighton & Hove Albion di Stadium Goldstone Ground.

Sebahagian daripada cenderahati berupa jersey, surat-surat, buku-buku dan hadiah hari lahir buat aku dan keluarga.
 'Match Programme' sempena memperingati Stadium Withdean 1999 - 2011

Pennant The Seagulls.

Wednesday, 4 January 2017

Siapa Penyokong Brighton & Hove Albion FC Di Malaysia?


Tidak seperti ramai warga Malaysia yang menyokong pasukan bolasepak yang terkenal seperti Manchester United, Liverpool, Chelsea, Arsenal, Real Madrid, Barcelona dan sebagainya, aku dan keluarga masih kekal menyokong pasukan Brighton & Hove Albion FC.

Itu aku punya baju

Mohd Naqib Naufal tak lekang dengan baju 'away'nya

Harap-harap agar Brighton & Hove Albion FC akan dapat beraksi dalam Liga Perdana England pada musim akan datang.


Selamat Datang Tahun 2017

Selamat Datang Tahun 2017.

Di awal tahun 2017 ini, prestasi pasukan Brighton & Hove Albon FC semakin memuncak. Lima kemenangan dari 6 perlawanan terakhir dan tidak tewas dalam 18 perlawanan terakhir menyaksikan anak-anak buah Chris Hughton terus berusaha untuk menempatkan diri mereka dalam saingan Liga Perdana England pada musim akan datang.

Semoga berjaya dalam usaha yang dicita-citakan.