Showing posts with label Trofi EFL. Show all posts
Showing posts with label Trofi EFL. Show all posts

Friday, 20 January 2017

Trofi EFL Pusingan Ketiga


Kempen pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah Tahun dalam Trofi EFL berakhir setelah tewas 0-3 kepada pasukan utama Coventry City FC.

Perlawanan tersebut telah berlangsung di Ricoh Arena, Coventry pada hari Selasa, 10 Januari 2017.

Syabas dah tahniah kepada pengurusan dan pemain Brighton & Hove Albion FC yang hanya dijemput sebagai pasukan gantian, tetapi telah berjaya melangkah sejauh itu.

Cuba lagi di musim akan datang.


Wednesday, 4 January 2017

Trofi EFL Pusingan Kedua Zon Selatan


Dengan tidak disangka-sangka, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun dibawah bimbingan Simon Rusk telah mencapai kejayaan yang memberansangkan dalam kempen Trofi EFL.

Pada hari Selasa 6 Disember 2016, bertempat di Stadium Kingsmeadow, London, pasukan ini telah mengejutkan pasukan utama AFC Wimbledon dengan keputusan 2-1.


Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun telah berjaya melangkah ke Pusingan Ketiga Trofi EFL. Lawan yang dinanti adalah pasukan utama Coventry City. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Ricoh Arena, Coventry pada hari Selasa, 10 Januari 2017.

Trofi EFL Perlawanan Ketiga Peringkat Kumpulan


Bagi memenuhi salah satu syarat pertandingan Trofi EFL, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun telah diberi keistimewaan untuk bermain di Stadium Falmer. Stadium Falmer hanya boleh digunakan oleh pasukan utama Brighton & Hove Albion FC sahaja. 

Maka pada hari Selasa, 8 November 2016, pasukan ini telah melayani kunjungan pasukan utama Leyton Orient FC dalam perlawanan ketiga dan terakhir Kumpulan G Zon Selatan. Pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun harus menang dalam perlawanan ini untuk melangkah ke Pusingan Kedua Trofi EFL.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan di pihak Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun dengan jaringan 1-0.


Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun muncul naib johan Kumpulan G Zon Selatan dan layak untuk beraksi dalam Pusingan Kedua Trofi EFL.
Lawan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun ini dalam Pusingan Kedua Trofi EFL adalah pasukan AFC Wimbledon. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Stadium Kingsmeadow, London pada hari Selasa, 6 Disember 2016.

Trofi EFL Perlawanan Kedua Peringkat Kumpulan

Bertempat di Stadium Broadhall Way pada hari Selasa 4 Oktober 2016, Pasukan Brighton & Hove Albion Bawah 21 Tahun meneruskan kempen dalam Trofi EFL.

Perlawanan kedua ini adalah menentang pasukan utama Stevenage & Borough FC dan berlangsung dalam keadaan yang agak tegang.

Perlawanan sepenuh masa berakhir dengan keputusan seri 2-2. Sepakan penalti diadakan bagi mencari pemenang dan pasukan Brighton & Hove Albion Bawah 21 Tahun menang sepakan penalti 4-3 dan membawa pulang dua mata.

Salah satu peraturan dalam pertandingan Trofi EFL ini adalah sekiranya sesuatu perlawanan itu berakhir dengan kedudukan seri selepas tamat 90 minit perlawanan, penentuan sepakan penalti akan diadakan untuk mencari pemenang. Pasukan yang menang dalam penentuan sepakan penalti itu akan mendapat satu mata tambahan.



Trofi EFL Perlawanan Pertama Peringkat Kumpulan


Bagi menggantikan beberapa akademi bolasepak yang enggan menyertai Trofi EFL ini, pihak EFL telah menjemput Akademi Bolasepak Brighton & Hove Albion FC untuk turut sama mengambil bahagian. Pengurusan Brighton & Hove Albion FC telah menerima jemputan tersebut dan bersetuju untuk menghantar pasukan Brighton & Hove Albion Bawah 21 tahun bagi tujuan pendedahan dan mencari pengalaman bermain dalam perlawanan besar.

Akademi Bolasepak Brighton & Hove Albion FC telah diundi dalam Kumpulan G Zon Selatan bersama-sama pasukan utama Southend United FC, Stevenage & Borough FC dan Leyton Orient FC.

Dalam perlawanan pertama di Stadium Roots Hall, Soutend, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun tewas 0-2.