Wednesday, 4 January 2017

Perlawanan Ke-20 Liga Kejuaraan


Leeds United FC adalah satu lagi nama besar dalam liga bolasepak di England. Pasukan ini adalah salah sebuah pasukan yang masih ramai pengikutnya walaupun kini mereka bermain dalam Liga Kejuaraan (dahulu dikenali sebagai Divisyen Dua).

Pada hari Jumaat 9 Disember 2016, pasukan Leeds United telah berkunjung ke Stadium Falmer untuk menentang pasukan tuan rumah, Brighton & Hove Albion FC.

Keputusan perlawanan adalah pasukan Brighton & Hove Albion FC menang dengan jaringan 2-0.


Trofi EFL Pusingan Kedua Zon Selatan


Dengan tidak disangka-sangka, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun dibawah bimbingan Simon Rusk telah mencapai kejayaan yang memberansangkan dalam kempen Trofi EFL.

Pada hari Selasa 6 Disember 2016, bertempat di Stadium Kingsmeadow, London, pasukan ini telah mengejutkan pasukan utama AFC Wimbledon dengan keputusan 2-1.


Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun telah berjaya melangkah ke Pusingan Ketiga Trofi EFL. Lawan yang dinanti adalah pasukan utama Coventry City. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Ricoh Arena, Coventry pada hari Selasa, 10 Januari 2017.

Perlawanan Ke-19 Liga Kejuaraan


Pada hari Sabtu, 3 Disember 2016, pasukan Brighton & Hove Albion FC telah berkunjung ke Wales. Tujuannya adalah ke Stadium Bandaraya Cardiff untuk menentang pasukan Cardiff City FC dalam satu lagi perlawanan Liga Kejuaraan Sky Bet Musim 2016/17.

Perlawanan ini telah berakhir dengan keputusan seri 0-0.




Perlawanan Ke-18 Liga Kejuaraan


Aktiviti bulan November 2016 diakhiri dengan satu lagi perlawanan dalam Liga Kejuaraan Sky Bet membabitkan pasukan Brighton & Hove Albion FC menentang Fulham FC di Stadium Falmer pada hari Sabtu, 26 November 2016.

Perlawanan ini berakhir dengan kemenangan buat Brighton & Hove Albion FC dengan jaringan 2-1.


Perlawanan Ke-17 Liga Kejuaraan


Menerima kunjungan pasukan 'besar' Aston Villa di Stadium Falmer pada hari Jumaat, 18 November 2016 adalah sesuatu yang menguntungkan.

Menguntungkan bukan sahaja dari segi jualan tiket, tetapi juga keuntungan kepada pemain Brighton & Hove Albion FC kerana dapat bermain dengan nama-nama besar seperti Pierluigi Gollini, Nathan Baker, Micah Richards, Tommy Elphick, Gabriel Agbonlahor, Libor Kozák, Gary Gardner, Mile Jedinak, Albert Adomah dan Ross McCormack,

Perlawanan menarik yang disiarkan secara langsung oleh ITV Britian ini berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Trofi EFL Perlawanan Ketiga Peringkat Kumpulan


Bagi memenuhi salah satu syarat pertandingan Trofi EFL, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun telah diberi keistimewaan untuk bermain di Stadium Falmer. Stadium Falmer hanya boleh digunakan oleh pasukan utama Brighton & Hove Albion FC sahaja. 

Maka pada hari Selasa, 8 November 2016, pasukan ini telah melayani kunjungan pasukan utama Leyton Orient FC dalam perlawanan ketiga dan terakhir Kumpulan G Zon Selatan. Pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun harus menang dalam perlawanan ini untuk melangkah ke Pusingan Kedua Trofi EFL.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan di pihak Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun dengan jaringan 1-0.


Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun muncul naib johan Kumpulan G Zon Selatan dan layak untuk beraksi dalam Pusingan Kedua Trofi EFL.
Lawan Brighton & Hove Albion FC Bawah 21 Tahun ini dalam Pusingan Kedua Trofi EFL adalah pasukan AFC Wimbledon. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Stadium Kingsmeadow, London pada hari Selasa, 6 Disember 2016.

Perlawanan Ke-16 Liga Kejuaraan


Pada hari Sabtu 5 November 2016, pasukan Brighton & Hove Albion FC telah berkunjung ke Stadium Ashton Gate, Bristol.

Perlawanan menentang pasukan Bristol City FC ini berkesudahan dengan Brighton & Hove Albion FC menang 2-0.