Wednesday 4 January 2017

Perlawanan Ke-15 Liga Kejuaraan


Norwich City FC adalah salah sebuah pasukan yang kuat dalam Liga Kejuaraan Sky Bet ini. Kehadiran pasukan ini ke Stadium Falmer pada hari Sabtu, 29 Oktober 2016 begitu mengujakan sekali. Khabarnya jalanraya dan stesen keretapi penuh sesak dengan penyokong mahupun peminat bolasepak di sekitar Sussex yang mahu menyaksikan perlawanan yang menarik.

Memang menarik sebab pasukan Brighton & Hove Albion FC telah menang  ke atas Norwich City FC dengan jaringan 5-0! Kemenangan terbesar Brighton & Hove Albion setakat ini dalam musim 2016/17.


No comments:

Post a Comment